9 PETUA HILANGKAN KEDUT DI WAJAH

9 PETUA HILANGKAN KEDUT DI WAJAH


9 PETUA HILANGKAN KEDUT DI WAJAH DENGAN BAHAN SEMULAJADI



1. MINYAK ZAITON

Minyak zaitun memang bagus untuk rawatan kecantikan kulit. Kandungan vitamin yang lengkap seperti vitamin C, D dan E, serta zat besi yang dilengkapi dnegan zat anti bakteria terbaik untk awet muda. 
Sebelum tidur bersihkan muka terlebih dahulu, dan sapukan dengan minyak zaitun. Biarkan sampai ke pagi hari. Keesokan pagi barulah dibilas dengan air bersih.


2.MAKAN SAYUR DAN BUAH


Perlu tukar gaya hidup dengan melebihkan makan sayur dan buah-buahan segar untuk dapat kulit yang cantik dan lebih lembap. Tengok saja mak-mak kita yang suka makan ulam kan... usia emas pun masih nampak muda dan kuat. Tetapi perlu seimbangkan harian dengan selitkan sedikit sukan bagi mengeluarkan peluh. Tidak perlu berlari, janji keluar peluh untuk singkir racun dalam tubuh badan. Buat kerja rumah seharian pun dah terlebih peluh dah kan... kejap ke dapur, kejap ke ruang tamu, kejap anak nak itu ini... kira senaman juga la tu... kalah atlet kan.

3.LEMON

Buah yang kaya vitamin C seperti buah lemon dan limau nipis atau pelbagai buah yang jenis masam boleh dijadikan masker untuk hilangkan kedutan pada wajah. Potong dan picit buah lemon di dahi dan lakukan sehari sekali. Petua ni boleh buat...sebab simple dan kebetulan memang stok lemon sentiasa ada je sekarang ni kat rumah.


4.LIDAH BUAYA

Lidah buaya kaya dengan antioksida yang diperlukan kulit. Campur dengan putih telur dan jadikan masker dua hari sekali untuk mengurangi kedut di dahi. Bilas sehingga bersih selepas 15 minit.


5. LOBAK MERAH

Ambil lobak merah bersaiz sederhana dan bersihkan diparut sebelum dicampurkan dengan 2 sudu tepung jagung dan juga sebiji kuning telur. Selepas itu, gaulkan sehingga rata supaya sebati supaya jadi macam masker. Ambil campuran tadi dan sapukan pada bahagian muka atau bahagian kulit lain dan biarkan untuk beberapa ketika lebih kurang 40 minit. Lepas tu bilas. Amalkan selalu untuk kesan yang cepat dan berkesan.

6. MASKER BETIK

Ambil dua potong betik masak, hancurkan. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk, kemudian gaul rata dengan satu sudu makan madu. Setelah itu, sapukan pada muka. Biarkan selama 20 minit, kemudian barulah dibilas dengan air suam sehingga bersih

7. TOMATO

Buah tomato dapat memberikan perlindungan ekstra untuk kulit muka. Di dalam buah ini terdapat kandungan antioksidan yang tinggi.
Potong buah tomato bulat-bulat kemudian sapukan dengan madu asli. Setelah itu tempelkan pada bahagian muka yang berkedut. Biarkan selama 15 minit sehingga nutrisi tomato dan madu tadi meresap kuat di kulit muka.

8.PISANG

Petua hilangkan kedut muka dengan menggunakan buah pisang juga sangat efektif dan mudah.
Cara membuat krim muka anti kedut muka ini sangat mudah. Hancurkan sebiji pisang sehingga jadi krim. Kemudian sapukan ke seluruh permukaan muka, biarkan selama setengah jam. Kemudian barulah dibilas dengan air suam.

9.ALORA CORRECTIVE PIGMENT BOOSTER SERUM



Adakah wajah anda nampak kusam dan tidak bermaya
Anda pernah mencuba serum untuk wajah anda?
Ada banyak perkara yang boleh menyumbang kepada penuaan semulajadi kulit wajah. Selain faktor usia, pencemaran udara dan kepanasan sinaran matahari juga boleh merosak sel-sel kulit wajah.
Selain itu, mencuci wajah juga boleh membuatkan kelembapan semulajadinya hilang. Apatah lagi apabila anda menggunakan pembersih muka yang kurang sesuai dengan kulit wajah. Untuk mencegah dan mengatasinya sebaiknya anda selalu menggunakan ALORA CORRETIVE PIGMENT BOOSTER SERUM dua kali sehari waktu siang dan malam sebelum tidur.
Umumnya sel-sel kulit mampu melakukan regenerasinya sendiri. Namun, seiring dengan pertambahan usia, prosesnya jadi lambat. Untuk mempercepatkan proses regenerasi agar kulit tetap lembab dan berseri, anda perlu memakai ALORA CORRETIVE PIGMENT BOOSTER SERUM wajah secara rutin. 

Comments

Post a Comment